Metarom ialah sebuah syarikat milik keluarga yang membangun dan mengeluarkan Karamel dan Perisa untuk industri Makanan & Minuman.
Berakar dari Perancis, kumpulan itu kini meliputi 81 negara di 5 benua melalui 10 anak syarikat di Perancis, Belgium, Sepanyol, Switzerland, Republik Czech, Maghribi, Amerika Syarikat, Colombia, Australia dan Malaysia. Keutamaan kumpulan adalah untuk mereka bentuk dan mengeluarkan produk berkualiti tinggi dengan menghormati manusia dan alam sekitar.
Tahun penciptaan Metarom Group
Produk: Karamel & Perisa
Anak syarikat
Pekerja
Negara
āKepakaran Perancis yang dihasilkan di sini untuk anda di Asia!ā
Dibina pada tahun 2018 di metropolitan Kuala Lumpur, Malaysia, Metarom Asia Sdn Bhd menggabungkan makmal Penghasilan & Penggunaan, kemudahan Pengeluaran Perisa dan Karamel dan Pejabat Jualan yang didedikasikan untuk berkhidmat kepada pelanggan kami di Asia.
Matlamat kami adalah untuk mereka bahan Perisa dan Karamel kepada pelanggan kami dengan memberi perkhidmatan yang bagus, kefleksibelan yang baik, dan harga bersaingan, sambil mengekalkan piawaian berkualiti tinggi bagi Kumpulan kami. Malaysia telah dipilih kerana lokasi terpusatnya untuk memberi perkhidmatan kepada 9 buah negara di Asia Tenggara dan Asia Timur melalui pengedar atau jualan langsung.
Hab rantau Asia merangkumi 10 buah negara di Asia melalui pengedar atau jualan langsung
Ketahui piawaian kualiti kami
Dengan mengekalkan budaya Kumpulan kami, Metarom Asia mempunyai tumpuan sejak awal untuk memberi piawaian kualiti dan pensijilan agama yang selari dengan keperluan Industri Makanan & Minuman dan komited untuk penambahbaikan yang berterusan.
Syarikat kami mendasarkan kejayaannya ke atas tiga nilai yang menyatukan
Berfikir untuk jangka panjang dengan visi yang bertanggungjawab, mampan dan berdikari, sambil mengutamakan keselamatan, etika, akauntabiliti serta kekuatan hubungan kami.
Memberikan komitmen sepenuhnya, berusaha mencapai kecemerlangan, berani mengemukakan idea baharu dan melakukan penambahbaikan, dengan hasrat untuk membina, berkembang dan berjaya bersama.
Memupuk semangat kebersamaan, perkongsian ilmu dan ketelusan, serta memperkukuh kecerdasan kolektif kami antara pasukan, di pelbagai lokasi dan bersama rakan kongsi.
Untuk mengikuti berita terkini kami, Lawati kami di Linkedin
Langgani laman LinkedIn kami untuk mengikuti berita terkini kami!